Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Jan 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

FB IMG 1547115376558FB IMG 1547115384320FB IMG 1547115332179FB IMG 1547116227114FB IMG 1547115347880

 

KUCHING, 10 Jan 19 - Perbarisan bulanan Ketua Cawang Materiel telah diadakan di Fleet Kenderaan PU Kuching. Perbarisan terdiri daripada 4 pegawai dan 70 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt M Muhammad Saufi bin Shahbani TUDM dan Pegawai Waran perbarisan PW U II Benedict Anak Wis. Dalam majlis tersebut Ketua Cawang Material, Lt Kol Hasrizan bin Hassan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 12 anggota LLP terdiri daripada anggota Cawang Materiel dan Fleet Kenderaan.

KCM mengingatkan warga Materiel PU Kuching agar tidak terjerumus dengan aktiviti-aktiviti 3D iaitu Dadah, Daesh, Dera. Beliau tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tatatertib seperti yang telah dikeluarkan. Kesalahan ini boleh mengakibatkan pesalah ditamatkan dari perkhidmatan. Beliau juga menekankan mengenai Personal Drill, yang mana anggota perlu mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh ATM.