Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

Show1Show2Show3

SUBANG, 1 Jan 19 - Sambutan Ambang Tahun Baru 2019 PU Subang telah disambut meriah di Dewan Ababil Pangkalan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan melibatkan semua peringkat umur dari kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa dimana acara telah bermula seawal 5 petang dan dimulakan dengan persembahan Live Band dan sesi berkaraoke.

Kedai1Kedai2Kedai3Kedai4

Di antara aktiviti yang menarik yang telah disediakan adalah Cabutan Bertuah, persembahan Live Band, persembahan Magic Show, persembahan kompang dari Pasukan Kompang Pangkalan, Rumah Hantu, aneka permainan kanak-kanak, tayangan Video Jendela 2018 sebelum menunggu detik jam 12 tengah malam yang telah diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

hadiah4hadiah2Hadiah1hadiah3

Selain itu, pelbagai khemah jualan makanan, barangan dan Food Truck turut disediakan oleh penganjur acara pada kali ini. Sambutan ini turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Komander Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM dan keluarga serta Mantan Pangwilud 2, Mej Jen Dato' Hj Abd Manaf bin Md. Zaid TUDM.

Acara sambutan ambang tahun baru 2019 ini telah dihadiri oleh para anggota, pegawai dan ahli keluarga yang menetap di dalam dan di luar pangkalan ini.

Api1Api2

Seluruh Warga PU Subang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua warga TUDM.