Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2 3567

SUBANG, 27 Dis – Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah No 22 Skn telah diadakan di Hangar No 22 Skn yang melibatkan seramai lima pegawai dan 62 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Mej Syed Amin TUDM. Perbarisan ini juga dihadiri oleh semua eksekutif skuadron.

Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah No 22 Skn, Lt Kol Baharin bin Mohamad TUDM telah menyempurnakan pemakaian pin dan patch 1000 jam kepada anakapal yang telah mencapai 1000 jam dalam menerbangkan pesawat A400M. Mereka juga turut mendapat sijil dari pihak ADS.

Di dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada anakapal yang telah mencapai 1000 jam dalam menerbangkan pesawat A400M dan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga No 22 skn di atas pencapaian yang telah dikecapi oleh No 22 Skn sepanjang tahun 2018.

Beliau juga mengingatkan kepada seluruh warga tentang Direktif Panglima Tentera Udara berkenaan penggunaan media sosial. Perbarisan diakhiri dengan tradisi memandikan anakapal yang telah mendapat CAT pesawat A400M.