Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

6d87fce0 3a1b 43ef 98c5 ae304e1647c37b0811b0 005d 4e7c a51e fd355f89e75899b0fd2c 16eb 4e7a 95ab c7487100f323845c3682 5f35 4c39 8fd5 a3d0266767ccb19215eb 6916 47bb 8853 b1d18fc78f26c93e4235 88f2 41b4 a209 6c65618f8145

 

IPOH, 16 Dis 18 - Sel Kerjaya & Pengambilan-Bahagian Sumber Manusia dan Tim Muzium TUDM mewakili Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah terlibat didalam Pameran Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kempen Mengisi Tabung Pahlawan sempena Karnival Usahawan dan Hartanah Negeri Perak Tahun 2018. Pameran ini telah diadakan di Bulatan Amanjaya, Meru, Perak yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM dibawah pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Markas ATM.

Tujuan pameran ini diadakan bagi menyalurkan dan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman lebih menyeluruh berkaitan ketenteraan kepada para pengunjung. Penglibatan Sel Kerjaya & Pengambilan-Sumber Manusia serta Tim Muzium TUDM berlandaskan pameran kerjaya dan aset ketenteraan serta penerangan khususnya darihal kemasukan sebagai pegawai dan perajurit muda, disamping menarik minat kumpulan sasar untuk menceburi bidang ketenteraan.


Karnival ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli dan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu sebagai tetamu jemputan.