Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4079DSC 4084DSC 4086DSC 4095DSC 4099DSC 4208DSC 4243DSC 4401DSC 4473

 

GONG KEDAK, 20 Dis 18 - Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Pangkalan telah diadakan di Padang Kawad Pangkalan Udara Gong Kedak yang terdiri daripada 11 Pegawai dan 109 anggota LLP yang diketuai Mej Mohd Fazli bin Arifin TUDM.

Perbarisan Serah Terima Tugas Komander Pangkalan diantara Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM dengan Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM yang disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM. Dalam majlis tersebut, Panglima Wilayah Udara 1 telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 3 Pegawai yang terdiri daripada Mej Suhardi bin Mohd Daud TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel TUDM, Kapt Muhammad Osman bin Mohd Sidek TUDM dan Kapt Noor Azuan bin Abdullah Halim TUDM yang dinaikkan pangkat ke Mejar TUDM. Perbarisan tersebut juga dihadiri Eksekutif Pangkalan, Pegawai-pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat serta Tadbir Awam.

Selesai majlis tersebut turut diadakan upacara “sent off “ Komander Pangkalan bermula di KOMATRA hingga pintu masuk utama pangkalan. Beliau bersalaman dengan Eksekutif Pangkalan, Pegawai-pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat Pangkalan Udara Gong Kedak serta menerima Tabik Hormat dari Kawalan Kehormatan Pangkalan Udara Gong Kedak.