Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0105DSC 0106DSC 0114DSC 0135DSC 0137DSC 0139DSC 0148DSC 0152DSC 0203

 

SUBANG, 21 Nov 18 - Latihan kemalangan pesawat di luar pangkalan (PAP OFF BASE) telah dilaksanakan oleh PU Subang bertempat di Padang Bola Sepak Kompleks SMS PDRM, TTDI Jaya, Shah Alam. Simulasi insiden bermula pada 1050 pagi terhadap pesawat helikopter kepunyaan No 2 Skuadron iaitu AS61N1 yang mengalami masalah enjin ketika berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Pesawat tidak dapat dikawal dan terpaksa simulasi pendaratan kecemasan di atas padang.


Latihan tersebut melibatkan pasukan ‘Quick Response Force’ (QRF) dari Skuadon 208 Provos, Rsat serta Pasukan Bomba Pangkalan Udara Subang. Agensi luar yang terlibat adalah anggota PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pasukan penilai yang diketuai oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan iaitu Mej Mila TUDM telah memastikan semua prosidur dilaksanakan berpandukan ‘checklist’ yang telah ditetapkan. Turut hadir menjayakan latihan ini adalah Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong TUDM, Pegawai Laksana Pangkalan Kol Mohd Azwan TUDM dan Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Amrul TUDM.


Latihan kemalangan Pesawat (PAP) adalah satu keperluan setiap tahun bagi setiap pangkalan TUDM yang mempunyai aset pesawat untuk persediaan sekiranya kemalangan pesawat sebenar berlaku.