Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0049DSC 0175DSC 0273DSC 0347DSC 0369DSC 0399DSC 0403DSC 0409DSC 0422DSC 4004FOTO GROUP

 

KUCHING, 23 Nov 18 – Komander PU Kuching, Kol Masro bin Kaliwon TUDM telah merasmikan Program Karnival Bangkit Bersama - Hidup Penuh Erti peringkat zon Sarawak yang telah dianjurkan oleh BAKAT PU Kuching. Karnival ini merupakan satu program kesedaran kepada warga TUDM mengenai gejala penyalahgunaan dadah berbahaya yang akan mengganggu keharmonian rumah tangga sekaligus organisasi TUDM serta negara. Program ini merupakan satu inisiatif pucuk pimpinan tertinggi TUDM dalam memupuk kesedaran serta mendidik anggota TUDM supaya bebas daripada penggunaan dadah berbahaya. Objektif program ini adalah untuk memberi pemahaman berkenaan kesan penyalahgunaan dadah di kalangan ahli BAKAT dan warga TUDM.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah Forum Kesedaran Kesan Penggunaan Dadah, senamrobik (Ahli BAKAT), ‘Fun Run’ dan berjalan 5000 langkah, pertandingan mewarna kanak-kanak, serta gerai jualan yang dikendalikan oleh ahli BAKAT Udara. Bagi menjayakan forum tersebut ahli panel yang dijemput adalah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Pencegahan Dadah (PEMADAM), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Provos Marshal TUDM.


Program ini turt diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Hjh Tengku Muhaini binti Sultan Ahmad Shah dan deligasi. Tengku telah sudi untuk menyampaikan cenderahati kepada moderator dan ahli panel forum serta menyampaikan hadiah bagi pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan poster antidadah. Tengku juga turut menyempurnakan majlis penutup bagi program ini dan sempat melawati booth pameran dan gerai-gerai jualan.