Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0002DSC 0015DSC 0047DSC 0062DSC 0097DSC 0118DSC 0123DSC 0125DSC 0139

 

SHAH ALAM, 20 Nov 18 - Pangkalan Udara Subang telah mengambil bahagian dalam Acara Perarakan dan Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 1440H / 2018M di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 2018, Stadium Melawati, Seksyen 13 Shah Alam. Kontinjen perarakan dari PU Subang telah dianggotai oleh 60 pegawai dan anggota LLP yang bermula di Perkarangan Stadium Melawati Shah Alam dan berakhir di hadapan stadium tersebut.


Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan isteri, Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan telah turut serta bersama Warga Pangkalan Udara Subang dan Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri Selangor yang terlibat untuk berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sebanyak 86 kontinjen yang terlibat dengan perarakan Maulidul Rasul mewakili setiap Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), IPTA, Masjid dan Sekolah Menengah sekitar Negeri Selangor. Turut hadir dalam perarakan tersebut adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj.


Majlis diteruskan dengan pengumuman penerima Anugerah Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1440H/2018M Peringkat Negeri Selangor iaitu Anugerah Saidina Ali 1440H/2018M, Anugerah Saidatina Khadijah 1440H/2018M, Anugerah Imam Al - Ghazali 1440H/2018M, Anugerah Khalid Al - Walid 1440H/2018M dan Anugerah Umar bin Abdul Aziz 1440H/2018M. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah turut berkenan bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang- pemenang perbarisan dan sepanduk majlis Sambutan Maulidul Rasul pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Khas dan Pemenang Perbarisan dan sepanduk.