Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

 

SUBANG, 15 Nov 18 – Sel Kerjaya dan Pengambilan-Bahagian Sumber Manusia telah mengadakan Pemilihan Akhir Perajurit Muda (PJM) Udara Wanita Siri 60/19 Bagi Zon Semenanjung di Pangkalan Udara Subang mulai 12 hingga 15 Nov 18 yang melibatkan calon akhir seramai 55 orang. Pemilihan ini dilaksanakan untuk mereka yang telah berjaya di dalam pemilihan awal dan dipilih oleh Lembaga Pemilihan Awal.


Antara ujian yang dilalui oleh calon akhir ini adalah Ujian Air Kencing, Pemeriksaan Perubatan dan Pergigian, Ujian IQ, Ujian Kecergasan Jasmani dan Temuduga Akhir yang dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia, Brig Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM. Bagi yang berjaya di dalam semua ujian akhir dan telah dipilih oleh Lembaga Pemilihan Akhir akan melapor semula di Akademi Latihan Tentera Udara (ATU) Ipoh, Perak mulai 5 Jan 19 untuk upacara angkat sumpah dan seterusnya menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan.