Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0647DSC 0662DSC 0668DSC 0675DSC 0709DSC 0736

 

SUBANG, 10 Nov 18 – BAKAT Udara (BOB) telah menganjurkan program Jom Zumba Sihat bertempat di Dewan Ababil, PU Subang. Program yang julung kali diadakan ini telah mengumpulkan semua ahli BAKAT Udara Markas Pemerintahan Operasi Udara dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara atau BAKAT Operasi dan Bantuan (BOB). Program ini dianjurkan oleh Biro Kesihatan, Rohani & Jasmani sebagai sebahagian daripada usaha memupuk budaya mengamalkan gaya hidup sihat khususnya dilakangan ahli dan keluarga BAKAT Udara (BOB).

Dalam pada itu, sebaik selesai program Zumba berkenaan, aturcara majlis diteruskan dengan Ceramah Kesedaran Jenayah Seksual Kanak-kanak (Fidolfilia) di lokasi yang sama. Ceramah anjuran Biro Pendidikan & Harta tersebut telah disampaikan oleh DSP Loh Pey Pey-Pegawai Turus D11 Siasatan Seksual, Penderaan Kanak-kanak & Keganasan Rumahtangga, IPK Selangor. Ceramah selama 1½ jam tersebut telah menarik perhatian semua yang hadir untuk mengajukan pelbagai soalan semasa sesi soal dan jawab. Banyak informasi berguna diperoleh khususnya langkah-langkah awal menanggani isu fidolfilia serta bagaimana untuk kita berhadapan dengan kes yang mungkin bakal berlaku dihadapan kita.

Di akhir program Pengerusi BAKAT Udara (BOB), Hajjah Salamiah binti Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada speaker yang hadir dan berharap agar program seumpamanya boleh diadakan sekali lagi pada tahun hadapan. Ini kerana semua ahli memperoleh manfaat menerusi perkongsian berkaitan isu-isu semasa yang dekat dengan institusi keluarga. Sebagai rekod, kedua-dua program tersebut adalah merupakan program terkahir anjuran BAKAT Udara (BOB) bagi sesi 2018.