Kemaskini Terakhir: Jumaat,16 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7906DSC 7911DSC 7917DSC 7922DSC 7925DSC 7937

 

GONG KEDAK, 5 Nov 18 - Majlis Penyampaian Cek Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM 2018 telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM di pejabat Komander Pangkalan Udara Gong Kedak. Anugerah ini bertujuan untuk memberi galakkan serta semangat kepada anak-anak anggota ATM yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam PT3 dan SPM bagi tahun 2017.


Seramai 4 penerima yang diwakili oleh ibubapa penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM. 3 daripadanya penerima kategori PT3 dan 1 penerima daripada kategori SPM. Penerima bagi penerima PT3 ialah Nur Aisha Adljna binti Mazlan, Syarifah Nurfatin Atirah binti Syed Mohd Nazri dan Muhammad Nazrul Naim bin Yusri manakala SPM ialah Muhammad Syafrilhaidi bin Dato’ Suhaimi.