Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image2

 

BUKIT LUNCHU, 24 Okt 18 - Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah Skn 323 TUDM Bukit Lunchu telah diadakan di padang kawad Skn 323. Perbarisan ini dianggotai oleh 7 pegawai dan 60 anggota LLP. Dalam perbarisan ini Pegawai Memerintah iaitu Mej Mohd Rizal bin Zainol TUDM telah menyampaian sumbangan dari Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia kepada seorang anggota Skuadron.


Di samping itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Warga Skn kerana memberi kerjasama sepanjang pemeriksaan tahunan IJTU yang lepas. Beliau juga telah menyampaikan beberapa amanat kepada semua anggota skn. Antara amanat yang disampaikan ialah berkenaan dengan disiplin anggota yang perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Beliau juga menegaskan kepada semua anggota supaya jangan terlibat dengan aktiviti dadah yang boleh memusnahkan karier mereka.