Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

SUBANG, 20 Okt 18 – Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan Pegawai dan Anggota LLP yang telah bersara/menamatkan perkhidmatan di PU Subang bagi tahun 2018 telah diadakan di Dewan Ababil, PU Subang pada hari ini.

Majlis yang buat julung-julung kalinya diadakan ini adalah bertujuan menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM dan anggota LLP yang diraikan sepanjang di dalam perkhidmatan TUDM amnya dan di PU Subang khasnya. Seramai 5 orang pegawai dan 45 orang anggota LLP telah hadir dan diraikan dalam majlis yang bersejarah ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Komander PU Subang, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan Pangkalan dan Unit Lojer serta tetamu jemputan yang lain. Majlis turut diserikan lagi dengan dendangan lagu oleh Kombo TUDM dan alunan deklamasi sajak oleh Peserta Induksi Wisma Bintara PU Subang.

Bagi pihak seluruh warga PU Subang ingin mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya kepada pegawai kanan TUDM dan anggota LLP yang diraikan. Jasamu dikenang.

"Kuning Emas Masaknya Padi
Mawar Merah Dalam Jambangan
Terima Kasih Daun Keladi
Budi Tuan Puan Jadi Kenangan"