Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 10 14 at 22.53.16 1WhatsApp Image 2018 10 14 at 22.53.16 4WhatsApp Image 2018 10 14 at 22.53.16 2

 

TANJUNG MALIM, 14 Okt 18 – Sekolah Kebangsaan TUDM Subang (Pangkalan Udara Subang) telah melaksanakan aktiviti perkhemahan "Badan Beruniform" di Bernam Nature Hut. Seramai 80 pelajar sekolah tersebut telah mengikuti perkhemahan unit beruniform selama 2 hari satu malam.
Keseluruhan program dan aktiviti perkhemahan dikendalikan sepenuhnya oleh guru kokurikulum sekolah. Turut hadir memberikan sokongan terhadap program perkhemahan ini adalah ibubapa dan semua murid sekolah yang terlibat.
Aktiviti ini telah dimulakan dengan aktiviti team building, aktiviti isolation "burung hantu", masakan, jati diri seterusnya senamrobik, jungle tracking dan treasure hunt. Majlis Penutup dan penyampaian sijil kepada peserta dan pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Pegawai Laksana Pangkalan Udara Subang diiringi Guru Besar Sekolah Pn Ranizam bt Yusoff, PK HEM Pn Hasmidar Jama'iah bt Alias. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan pada setiap tahun oleh SK TUDM Subang.