Kemaskini Terakhir: Khamis,18 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0784DSC 0802DSC 0829

 

SUBANG, 3 Okt 18 - Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 46/18 telah dirasmikan oleh Pemangku Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM .Perasmian ini telah diadakan di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).
Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, pegawai dan jurulatih INSTAR.
Kursus ini telah dihadiri seramai 55 anggota daripada pelbagai Ketukangan di dalam TUDM yang berpangkat Flait Sarjan yang terdiri daripada 51 pelatih lelaki dan 4 pelatih wanita. Kursus ini bermula pada 3 Okt 18 dan akan tamat pada 30 Okt 18.