Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2222

 

SUBANG, 3 Okt 18 - Ketibaan Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM bersempena dengan pemeriksaan tahunan ke atas Pangkalan Udara Subang mulai 3 hingga 5 Okt 18 telah disambut dengan kawalan suku oleh anggota PU Subang di Padang Kawad Markas Pangkalan pada hari ini.

Turut hadir Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brig Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM. Ketibaan PANGWILUD 1 dan Tim Pemeriksa juga telah disambut oleh Komander PU Subang, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM serta semua Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawang. Dalam lawatan sama, beliau telah merasmikan bangunan baru 819 RSAT PU Subang yang telah mula beroperasi mulai 4 Dis Nov 2017 setelah menjalani proses pengubahsuaian besar-besaran mulai tahun 2013.

Dalam rangka lawatan beliau turut melaksanakan lawatan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) PU Subang dan Rumah Keluarga Angkatan tentera (RKAT) Baru PU Subang iaitu Blok C Mod, C Flat, Blok E dan Blok F yang hampir siap dibina sepenuhnya.