Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0002DSC 0003DSC 0006DSC 0007DSC 0012DSC 0013DSC 0017DSC 0020DSC 0021DSC 0022DSC 0023DSC 0024DSC 0026DSC 0030DSC 0032DSC 0036DSC 0042DSC 0048

 

GONG KEDAK, 30 Sep 18 - Program Kesedaran dan Pencegahan Dadah Berbahaya bagi anggota dan keluarga TUDM Peringkat Zon Timur tahun 2018 telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak. Pada tahun ini, PU Gong Kedak telah dipilih sebagai hos bagi peringkat Zon Timur dengan bertemakan “Bangkit Bersama Hidup Penuh Erti”.
Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Gong Kedak Brig Jen Dato’ Suhaimi Bin Hussain TUDM. Antara yang turut hadir di majlis ini ialah Pengerusi BAKAT Udara Pangkalan Udara Gong Kedak, Datin Suriati binti Mohd Suri, Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM serta Isteri, Pegawai Memerintah Sekolah Latihan Tempur TUDM Bukit Ibam, Lt Kol Jafridin bin Bahari TUDM serta Isteri, pegawai-pegawai, anggota-anggota dan keluarga dari pangkalan masing-masing.
Pada pembukaan program ini, Pengerusi BAKAT PU Gong Kedak, PU Kuantan dan SLTT TUDM telah memukul 3 rebana sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian. Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran barisan Jemaah Tertinggi BAKAT Udara yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi BAKAT Udara, Datin Sri Norainy binti Shahar Alam yang mewakili Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT TUDM.
Pelbagai aktiviti telah di jalankan sepanjang program berlangsung, antaranya Program Kelab Mahasiswa Bersama Sahabat PEMADAM UMT, persembahan koir BAKAT, dikir barat, pertandingan mewarna, pameran daripada agensi luar seperti PDRM, AADK,PEMADAM dan Jabatan Penjara Malaysia.
Turut diadakan Forum Anti Dadah. Antara panel yang hadir ialah Kol Zainurin Bin Mohd Dom TUDM dari MTU- Perundangan, Encik Kasin bin Abdullah dari PEMADAM Negeri Melaka, Dr Muhammad Solehuddin bin Ishak dari Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Encik Mohamad bin Che Ismail dari AADK Negeri Terengganu dan Mej Hamka Bin Mohd Harith sebagai Moderator Forum.