Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1444DSC 1463DSC 1503DSC 1512DSC 1541

 

GONG KEDAK, 28 Sep 18 - Pejabat Agama Pangkalan Udara Gong Kedak telah mangadakan Kursus Panduan Islam Fardhu Ain Tahap 4 Siri 2/18 bermula 24 hingga 28 Sep 18 yang dihadiri 37 penuntut kursus yang terdiri daripada Flait Sarjan, Sarjan dan Sarjan Udara. Majlis Penutup Kursus PIFA telah diadakan di Dewan K-Force Pangkalan Udara Gong Kedak yang telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM. Turut dihadir sama Pegawai Agama Pangkalan, Mej Anuar bin Mat Zain, Penyelia Pejabat Agama Pangkalan serta staf-staf Pejabat agama dan penuntut kursus.
Objektif kursus dilaksanakan adalah sebagai satu instrumen untuk memperkukuhkan dan menjayakan dasar pembinaan mental dan kerohanian islam ATM (PMAT9/91) serta melahirkan warga ATM yang beriman melalui Pendidikan Islam yang dilaksanakan secara formal. Selain itu juga, memberi kefahaman yang jelas kepada anggota muslim mengenai kaedah-kaedah amalan dan perlaksaan ibadat yang betul serta meningkatkan pengetahuan ilmu fardhu ain dikalangan anggota yang beragama islam dan melayakkan anggota LLP untuk dinaikkan pangkat ke peringkat seterusnya.