Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 23 5

6

KUANTAN, 30 Sept 18 – MPOU SO 1 A7 Lt Kol Yusri bin Jamari TUDM telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Eksesais Elangaroo 2018. Eksesais ini merupakan eksesais yang melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Royal Australian Air Force (RAAF). Majlis yang didakan di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat PU Kuantan itu telah melibatkan 140 pegawai dari No 11 Skuadron, Pegawai dari Cawang Operasi serta Pegawai RAAF. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Idris bin A. Wahab TUDM.

Objektif Eksesais adalah untuk mengeratkan perhubungan dan mengukuhkan keupayaan merancang serta melaksanakan operasi gabungan diantara dua Negara. Dalam masa yang sama ianya bertujuan bagi meningkatkan kapasiti dan saling khidmat di dalam mencapai penyelesaian yang efektif bagi menangani isu-isu keselamatan udara.