Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 09 27 at 14.33.09WhatsApp Image 2018 09 27 at 14.33.25WhatsApp Image 2018 09 27 at 14.33.26 1WhatsApp Image 2018 09 27 at 14.33.28 1WhatsApp Image 2018 09 27 at 14.33.29WhatsApp Image 2018 09 27 at 14.33.31WhatsApp Image 2018 09 27 at 14.33.37WhatsApp Image 2018 09 27 at 14.33.40 1

 

LABUAN, 27 Sep 18 - Pangkalan Udara Labuan telah melaksanakan Latihan Pre Accident Plan (PAP) Off Base bertempat di Pantai Tiara, W.P Labuan. Simulasi insiden terhadap sebuah pesawat C-130 yang mengalami masalah enjin dan tidak dapat dikawal telah bermula pada 10.38 pagi setelah pihak Menara Kawalan Pangkalan Udara Labuan menerima panggilan ‘simulate’ 'MAYDAY' daripada juruterbang yang melaksanakan simulate pendaratan kecemasan di atas air.

Latihan tersebut telah melibatkan pasukan ‘Search And Rescue (SAR) Team’ dari No 5 Skuadron, Pasukan ‘Quick Respond Force (QRF)’ dari Skuadron 106 Provos, 818 RSAT Pangkalan Udara Labuan serta Pasukan Bomba Pangkalan Udara Labuan. Agensi luar juga turut terlibat dalam menjayakan latihan tersebut seperti anggota dari PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kesihatan Malaysia. Mangsa telah diselamatkan menggunakan kaedah ‘winching’ oleh pesawat EC 725 AP dan bot penyelamat.

Pasukan Penilai yang diketuai oleh Mej Nisha TUDM iaitu Pegawai Keselamatan Pangkalan telah memastikan semua prosedur dilaksanakan mengikut ‘check list’ yang telah ditetapkan. Turut hadir bagi menyaksikan latihan ini adalah Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig Jen Dato Hj Sardon TUDM.