Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 09 24 at 11.08.32 1WhatsApp Image 2018 09 24 at 11.08.32 4WhatsApp Image 2018 09 24 at 11.08.32 6WhatsApp Image 2018 09 24 at 11.08.32 7WhatsApp Image 2018 09 24 at 11.08.32 9WhatsApp Image 2018 09 24 at 11.08.32

 

SUBANG, 22 Sep 18 - Pertandingan mewarna dan demonstrasi masakan telah diadakan di Dewan Ababil, PU Subang. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Biro Kraftangan, Kesenian dan Kebudayaan dengan kerjasama Biro Sajian dan AJKK BAKAT PU Subang yang lain.

Pertandingan mewarna ini telah melibatkan anak-anak ahli BAKAT PU Subang seramai 30 orang kana-kanak. Pertandingan ini juga mendedahkan kanak - kanak kepada cara mewarna pada patung tanah liat. Manakala demonstrasi masakan pula turut diadakan yang mana telah disertai oleh 30 orang ahli BAKAT dan mereka telah diajar cara-cara menyediakan Nasi Kerabu serta "Solok" Lada.

Acara ini juga telah dihadiri dan dirasmikan Pengerusi BAKAT Pangkalan, YBhg Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi, barisan AJK dan AJKK dan juga ahli-ahli BAKAT yang lain. Objektif acara ini dianjurkanadalah bagi memenuhi waktu lapang anak-anak serta ahli BAKAT PU Subang sendiri yang sedang bercuti disamping dapat merapatkan ukhwah sesama ahli BAKAT.