Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0588DSC 0612DSC 0613DSC 0644DSC 0646DSC 0655DSC 0657DSC 0664DSC 0698DSC 0724DSC 0727DSC 0738

 

GONG KEDAK, 21 Sep 18 - Perbarisan Pegawai Memerintah No 11 Skuadron kali ke-3 telah diadakan di Hangar No 11 Skn Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan melibatkan 5 Pegawai dan 179 Anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai Mej Mohd Khairil Ashraf Bin Maton TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Amiruddin bin Ahmad.
Dalam majlis tersebut, Pegawai Memerintah No 11 Skn, Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee@Ahmad Rofie TUDM juga telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 17 anggota Lain-lain Pangkat yang terdiri daripada 3 Sarjan Udara dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan, 1 Laskar Udara Kanan dinaikkan Pangkat ke Pemangku Koperal Udara dan 13 Laskar Udara Satu dinaikkan ke Pangkat Laskar Udara Kanan.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah No 11 Skuadron, beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat supaya terus cemerlang dalam melaksanakan tugas seiring dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Selain itu juga, beliau menekankan aspek keselamatan supaya menjaga aset-aset Pesawat dan tempat kerja serta anggota supaya tiada berlaku kemalangan yang tidak diingini berlaku.
Turut hadir dalam Perbarisan Pegawai Memerintah No 11 Skuadron, Pegawai Laksana No 11 Skn, Lt Kol Mohd Jasmi bin Abd Wahad TUDM, Ketua Bahagian Kejuruteraan, Lt Kol Nor Mizan bin Md Noor TUDM, pegawai-pegawai dan anggota LLP No 11 Skuadron.