Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1

 

PULAU PINANG, 21 Sep 18 – Bengkel Pembangunan National Occupational Skill Standard (NOSS) Kerangka Pekerjaan Military and Defence Services TUDM Siri 5/18 dan 6/18 anjuran MTU BSM – Sel Penyelidikan telah diadakan pada 18 hingga 21 Sep 18 bertempat di Hotel Flamingo, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Seramai 64 pegawai selaku panel pembangun yang dilantik dari pelbagai peringkat pengurusan menyertai bengkel tersebut bagi membangunkan 12 teras bidang NOSS-TUDM merangkumi 5 Cawang iaitu Penerbangan, Kejuruteraan, Sistem Darat, Materiel dan Tadbir.

Tujuan bengkel tersebut dilaksanakan adalah untuk membangunkan dokumen-dokumen tertentu selari dengan keperluan pembangunan NOSS-TUDM sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (JPK KSM). Ianya merupakan salah satu inisiatif mendokong hasrat pucuk pimpinan agar kemahiran setiap anggota TUDM diiktiraf di peringkat Kebangsaan, khususnya dan Antarabangsa, amnya.

Majlis Penutup Bengkel Pembangunan National Occupational Skill Standard (NOSS) Kerangka Pekerjaan Military and Defence Services TUDM Siri 5/18 dan 6/18 telah dilaksanakan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Brig Jen Dato’ Haji Md Fauzi bi Hj Saleh TUDM dengan diiringi oleh Pengarah Penyelidikan, Kol Hjh Fadzillah binti Abdullah TUDM.