Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9691DSC 9709DSC 9728DSC 9730DSC 9832DSC 9863

 

GONG KEDAK, 21 Sep 18 – Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Skuadron Provos PU Gong Kedak telah menganjurkan Latihan Menembak Pistol di Lapang Sasar Pistol PU Gong Kedak. Latihan menembak dijalankan secara berperingkat selama 4 hari bermula 18 Sep hingga 21 Sep 18 yang melibatkan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Pegawai Waran.
Turut serta dalam latihan tersebut ialah Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM. Latihan terdiri daripada 3 praktis menembak pada jarak 10m, 15m dan 20m dengan disusuli pertandingan menembak jatuh piring. Latihan ini merupakan salah satu latihan ketenteraan yang direncanakan sepanjang tahun 2018 bertujuan meningkatkan tahap kemahiran dalam mengendalikan senjata api bagi warga PU Gong Kedak.