Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 0192IMG 0200IMG 0210

 

LEBANON, 16 Sep 18 - Ketua Pengarah Operasi & Logistik Pertahanan, Markas ATM, Brig Jen Hj Toharudin bin Abd Rasid TUDM telah mengadakan sesi dialog bersama Kontinjen TUDM MALBATT 850-5 & 850-6. Turut sama semasa majlis tersebut adalah Penasihat Ketenteraan, Lt Kol Hj Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM dan PS 1 Tadbir MALBATT 850-6, Lt Kol Mohd Omar bin Mohd Yusof TUDM.
Majlis ini telah diadakan di Dewan Pengaman, Kem Marakah, Lebanon. Antara nasihat yang disampaikan oleh Brig Jen Toharudin TUDM adalah berkenaan Pengurusan Masa dan Kewangan, menjaga nama baik Negara dan Perkhidmatan sepanjang bertugas sebagai anggota Misi Pengaman. Selain itu juga, beliau menekankan tahap disiplin perlu dikekalkan sebagai anggota tentera yang terlatih.