Kemaskini Terakhir: Selasa,11 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

upnm1upnm2upnm3

 

Sg Besi, 12 Sep 18 – Satu sesi perkongsian pengalaman oleh Pegawai Kadet Udara Mohd Amirul Afiq bin Ameruddin iaitu graduan dari Unites States Air Force Academy (USAFA) bersama Pegawai Kadet UPNM yang bertajuk Sharing Session, A Stepping Stone For The Leaders of Tomorrow telah berlangsung di Dewan Theater, Bangunan Lestari, UPNM. Seramai 580 pegawai kadet dari ketiga-tiga perkhidmatan berpeluang menghadiri sesi selama 90 minit ini yang mana turut dihadiri oleh Timbalan Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Kol Mohd Adzhar bin Abd Latif, Pengarah Penyelidikan BSM iaitu Kol Fadzillah bt Abdullah TUDM, Pegawai Mememerintah ALK iaitu Lt Kol Sani bin S.Omar, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta jurulatih ALK.
PK Udara Amirul berkongsi pengalaman suka-duka beliau semasa di UPNM selama 2 tahun, menjalani proses pemilihan kadet USAFA yang mencabar dan seterusnya kehidupan sebagai kadet USAFA selama 4 tahun serta cabaran yang dihadapi oleh beliau setelah kembali dari Colorado, US. Pegawai Kadet UPNM telah menggunakan platform yang disediakan sepenuhnya dengan bertanyakan pelbagai soalan dari segi kepimpinan, keyakinan diri, tekanan, kegagalan, kejayaan dan juga penguasaan Bahasa Inggeris di dalam sesi soal-jawab selama 45 minit.
PK Udara Amirul menekankan sikap positifnya dan keinginan untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang membolehkan beliau berdiri seiring dengan lepasan USAFA yang lain. Beliau berharap sesi perkongsian ini dapat membantu rakan seperjuangan yang lain untuk menjadi ‘the best amongst the best’.