Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0091DSC 0097DSC 0103DSC 0104DSC 0106DSC 0110

 

SUBANG, 13 Sep 18 – TUDM pagi tadi melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit menghidap penyakit kegagalan hati dari PU Kuching ke PU Subang untuk mendapatkan rawatan segera dari doktor pakar di Hospital Selayang.

Pesakit, Choo Mei Na, 18, diterbangkan dari PU Kuching ke PU Subang, Selangor menggunakan pesawat TUDM jenis CN235 yang berlepas 9 pagi dan selamat tiba jam 12 tengahari dengan bantuan juruterbang, Mej Muhamed Afizan bin Jaafar TUDM dan Kapt Meor Ahmad Ali bin Meor Abdul Wahab selaku pembantu juruterbang serta 4 orang krew. Pesakit dikejarkan terus ke Hospital Selayang menggunakan ambulans bagi mejalani pemeriksaan lanjut di Hospital tersebut.

Turut mengiringi pesakit dalam penerbangan itu adalah bapanya, Choo Teck Kiong dan Doktor dari Hospital Umum Sarawak, Dr Loh Yoon Doong.

Seluruh warga TUDM sentiasa mempamerkan komitmen padu dan keperhatian tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat, “Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada”. TUDM mendoakan adik Choo Mei Na kembali sembuh. Tahniah juga diucapkan kepada juruterbang dan kru pesawat CN235 serta warga TUDM yang terbabit dalam menjayakan misi penerbangan ihsan ini.