Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180908 WA0021IMG 20180908 WA0023IMG 20180909 WA0005IMG 20180909 WA0006IMG 20180909 WA0007IMG 20180909 WA0008

 

IPOH, 7 Sep 18 - Kejohanan Karnival Sukan MPPLU bagi tahun 2018 telah diadakan di Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh pada 6 hingga 7 Sep 18. Karnival ini merupakan acara sukan tahunan yang dipertandingkan diantara pusat latihan dibawah naungan MPPLU.

Majlis penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM mewakili Panglima Pendidikan Dan Latihan Udara. Kejohanan ini telah disertai oleh 4 Zon Gabungan iaitu Zon Utara (KTU), Zon Tengah (Gabungan ATU), Zon Selatan (Gabungan MPPLU) dan Zon Timur (Gabungan INSPRA). Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Bola Tampar, Petanque, Ping Pong dan Bowling.

Di dalam kejohanan ini, Zon Utara telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan diikuti oleh Zon Tengah di tempat kedua manakala Zon Selatan serta Zon Timur pula masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat. Pada tahun 2019, kejohanan ini akan dianjurkan oleh Zon Utara iaitu di Kolej Tentera Udara.