Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180907 WA0027

 

MELAKA, 7 Sep 18 – MTU-Materiel bersama MPOU - A4 telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Akhir Doktrin Air Logistic Planning Process (ALPP) pada 3 hingga 7 Sep 18 di The Imperiel Heritage Hotel Melaka. Seramai 39 peserta terdiri dari pegawai dan anggota lain-lain Pangkat dari tred Materiel terlibat dalam bengkel ini.
Pembangunan Doktrin ALPP adalah merupakan salah satu inisiatif Bahagian ini dalam mencapai Pelan Strategik Materiel Alaf Baru yang telah digariskan oleh AKS Materiel. Ianya sebagai panduan serta rujukan kepada seluruh pegawai dan anggota Materiel yang akan membuat perancangan kombat logistik bagi sesuatu operasi mahupun eksesais. Dengan adanya doktrin ini, pengurusan kombat logistik akan lebih sistematik, efektif dan efisyen.
Bengkel kali ini juga turut menguji keberkesanan Doktrin ALPP dengan melaksanakan satu latihan simulasi Staff Exercise (STAFFEX) bagi mendapatkan input serta maklumbalas sebagai penambahbaikan kepada doktrin yang telah dibangunkan ini. Selain itu juga dapat memberi pendedahan kepada warga Materiel mengenai peranan sebenar Materiel dalam sesuatu operasi/eksesais.
Majlis Penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM dan turut dihadiri Komander AWC, Kol Felix Gonsalves a/l Alexander TUDM.