Kemaskini Terakhir: Khamis,15 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8435DSC 8456DSC 8473DSC 8475DSC 8477DSC 8479DSC 8483DSC 8485DSC 8576DSC 8583DSC 8598DSC 8616DSC 8639DSC 8654DSC 8675

 

GONG KEDAK, 6 Sep 18 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Bahagian Perpustakaan Pangkalan telah mengadakan Program Derma Buku iaitu ‘Satu Anggota Satu Buku’ yang telah berlangsung di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak.

Sebelum Pelancaran Program Jom Derma Buku bermula diadakan tayangan video berkaitan dengan kelebihan membaca. Pelancaran Program Jom Derma Buku telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM dengan gimik memotong ribbon dan meletakkan buku didalam kotak bersama-sama Pegawai Memerintah Skn/Cawang serta diiringi Pengerusi BAKAT, Datin Noor Suriati binti Mohd Suri bersama Ketua-ketua Biro BAKAT Pangkalan yang merupakan tanda sokongan Program Jom Derma Buku ‘Satu Anggota Satu Buku’.

Program Jom Derma Buku ini merupakan julung-julung kali diadakan yang merupakan salah satu inisiatif yang baik diambil oleh perpustakaan untuk mengumpul sumbangan bahan bacaan seperti Buku Rujukan Terkini, Buku Motivasi, Buku Agama, Buku Komik, Buku Novel dan Buku Cerita Kanak-Kanak. Program ini merupakan idea dan cetusan yang telah di ilhamkan oleh Komander Pangkalan bagi melahirkan kesedaran serta meningkatkan ilmu pengetahuan seluruh warga Pangkalan dan keluarga. Objektif utama yang ingin dicapai dalam Program Jom Derma Buku ini adalah bagi melahirkan warga pangkalan yang berilmu pengetahuan serta mewujudkan peningkatan budaya membaca dikalangan warga pangkalan.

Turut terlibat program ini Perpustakaan Awam Daerah Besut dan Perbadanan Perpustakaan Awamj Terengganu (Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak) dalam menjayakan program ini berlangsung.