Kemaskini Terakhir: Isnin,24 Sept 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180908 WA0086IMG 20180908 WA0113IMG 20180908 WA0138SmartSelect 20180909 004714 GallerySmartSelect 20180909 004742 GallerySmartSelect 20180909 004807 Gallery

 

SHAH ALAM, 8 Sep 18 - No 22 Skn dan Biro Kebajikan BAKAT PU Subang telah berjaya menjalankan Program Jiwa Murni bertempat di Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari, Kg. Melayu Subang. Program selama sehari ini melibatkan seramai 140 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota No 22 Skuadron, serta Pengerusi dan ahli BAKAT PU Subang.

Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari menempatkan seramai 70 orang kanak-kanak yang berumur 1 hingga 9 tahun. Kanak-kanak tersebut terdiri daripada anak-anak yatim dan juga anak fakir miskin asnaf zakat.

Diantara sumbangan yang diberikan adalah berupa barangan keperluan asas, dana kutipan wang tunai yang diterima dari hasil kutipan anggota No 22 Skn dan juga ahli-ahli BAKAT PU Subang serta sumbangan dari Masjid PU Subang serta rumah arnab
yang dibina oleh warga No 22 Skn.

Pihak Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari sangat berterima kasih diatas sumbangan yang diberikan dan berharap program seperti ini akan diteruskan lagi oleh pihak TUDM yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam menguruskan pentadbiran rumah amal tersebut dan secara tidak langsung dapat menceriakan hati kanak-kanak yang tinggal di rumah amal ini.