Kemaskini Terakhir: Rabu,21 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180902 WA0013IMG 20180902 WA0014IMG 20180902 WA0015IMG 20180902 WA0016IMG 20180902 WA0019IMG 20180902 WA0020

 

BUTTERWORTH, 1 Sept 18 - Satu ceramah yang bertajuk Protokol Diraja dan Angkatan Tentera telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Auditorium No 18 Skn. Ceramah ini telah dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM diiringi oleh Pengerusi BAKAT, Puan Nur Shahidaa binti Abdullah, eksekutif-eksekutif pangkalan,pegawai, anggota serta pasangan.

Penceramah jemputan terdiri daripada Tuan Sophian bin Ab Rahman, Pegawai Istiadat Istana Negara dengan tajuk ceramah Protokol Diraja dan Etika Menghadiri Majlis Rasmi. Penceramah kedua iaitu Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran Dan Pengurusan (INSTAR) menyampaikan ceramah yang bertajuk Protokol Angkatan Tentera. Penceramah jemputan yang ketiga ialah Lt Kol Roslan bin Bakar TUDM, Ketua Cawang Tadbir PU Butterworth dengan tajuk Perlembagaan BAKAT.

Hasil dari ceramah dan sesi soal jawab yang dilaksanakan telah berjaya mencapai matlamat acara ini dalam meningkatkan pengetahuan serta memberikan persediaan yang baik kepada semua yang hadir mengenai protokol dan majlis rasmi.