Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180817 WA0005IMG 20180817 WA0006IMG 20180817 WA0007IMG 20180817 WA0008IMG 20180817 WA0009IMG 20180817 WA0011

 

BUTTERWORTH, 17 Ogos 18 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM bersama Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Dato’ Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM serta pegawai-pegawai pengurusan tertinggi MPPLU telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Institut Teknologi Senjata dan Bahan Letupan TUDM. Turut hadir bersama adalah Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Johnny Loh Kong Kong TUDM.

Lawatan kerja ini merupakan aktiviti tahunan markas untuk memantau serta menilai tahap kesiapsiagaan ITSBL dalam memenuhi keperluan latihan dan operasi TUDM. Selain itu juga turut diadakan sesi dialog khas bersama semua staff serta pelatih kursus ITSBL dan seterusnya menyampaikan amanat dan peringatan kepada semua peringkat anggota agar sentiasa berintegriti, komited, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab serta tugas yang telah diberikan dari pihak tertinggi MPPLU serta TUDM khasnya ini kerana ITSBL merupakan nadi penggerak bagi sistem pendidikan persenjataan TUDM.