Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7192DSC 7202DSC 7207DSC 7216DSC 7236DSC 7250DSC 7265DSC 7298DSC 7306DSC 7310DSC 7313DSC 7319

 

KUANTAN,16 Ogos 18 – Pangkalan Udara Kuantan telah menerima lawatan rasmi dari Tim PDRM Kontinjen Negeri Pahang. Tim tersebut diketuai oleh CP Dato’ Sri Rosli bin Ab. Rahman serta 30 anggota polis Kontinjen Negeri Pahang yang terlibat dalam lawatan ini. Tim Lawatan tersebut telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM dan pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan. Komander Pangkalan turut memberi sedikit taklimat rigkas mengenai Pangkalan Udara Kuantan.
Dalam rangka lawatan ini delegasi telah dibawa ke bangunan Ground Base Training System (GBTS) untuk melihat simulator pesawat Aermachhi MB339CM dan ke Storm Shelter No 17 Skn serta Hangar No 10 Skn.
Tujuan lawatan ini diadakan untuk melihat secara dekat aset-aset yang dimiliki oleh TUDM, selain dapat menambahkan lagi hubungan akrab antara pihak PDRM dan ATM.
Lawatan tersebut berakhir dengan majlis penyerahan cenderamata dari PU Kuantan dan dari Tim PDRM Kontinjen Negeri Pahang.