Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0007DSC 0027DSC 0088DSC 0201DSC 0221DSC 0239DSC 0263WhatsApp Image 2018 08 13 at 07.33.43WhatsApp Image 2018 08 13 at 07.33.44 1WhatsApp Image 2018 08 13 at 07.34.48WhatsApp Image 2018 08 13 at 07.37.13WhatsApp Image 2018 08 13 at 07.38.34

 

SUBANG, 11 Ogos 18 - SUBANG, 12 Ogos 18 - Program Pecutan Akhir UPSR bagi murid tahun 6 SK TUDM Subang telah dilaksanakan pada 11 dan 12 Ogos 18 bertempat di Dewan Ababil PU Subang. Seramai 146 murid telah hadir dalam program tersebut. Antara matapelajaran yang diajar di dalam program tersebut adalah Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Melayu dan Matematik.

Program selama 2 hari tersebut telah dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Harta, BAKAT Pangkalan Udara Subang dengan menjemput guru-guru yang berpengalaman bagi memberi pendedahan kepada para pelajar teknik-teknik menjawab soalan yang betul sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Guru-guru berpengalaman yang telah dijemput diantaranya:
1.Cikgu Muhammad Hazwan bin Kayun
- Penyunting skrip dan bahan TV Pendidikan
- Penceramah teknik menjawab
- Penulis modul KSSR (BPK, KPM)
- Pengendali bengkel Bahasa Inggeris
- Pengerusi teknik program Bahasa Inggeris (PPD)
- Kini berkhidmat di Sekolah Amanah Lembah Subang
2. Cikgu Mohd Johari bin Mohamed Sahar
- Guru Pakar Sains
- 20 tahun pengalaman
- Penyemak Entri Kamus Digital Sains (DBP)
- Terlibat dalam Astro, Tutor TV, Kuntum, The Star
- Kini berkhidmat di SK Seksyen 27 (1) Shah Alam
3. Cikgu Mohamad Asri bin Ayob
- Ketua Pemeriksa UPSR Kebangsaan (2009-2014)
- Jurulatih Utama KBAT LP
- Jurulatih Kebangsaan Format Baharu Bahasa Melayu UPSR
- Kini berkhidmat di PPD Klang
4. Cikgu Ahmad Amin bin Soip
- 10 tahun pengalaman mengajar Matematik Tahun 6
- Berpengalaman dalam program teknik menjawab UPSR Matematik
- Guru Penyelaras Bestari, SK Jalan Pasar 1

Objektif program yang ingin dicapai adalah:
1. Sebagai persiapan akhir pelajar bagi teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan berkesan.
2. Memberi teknik memahami dan cara menjawab yg betul bagi mendapat markah penuh.
3. Memberi contoh kesalahan, kesilapan dan kecuaian dalam menjawab soalan peperiksaan.
4. Memberi soalan yang kerap ditanya dlm peperiksaan.
5. Teknik menguasai mata pelajaran serta fokus topik tertentu sebelum peperiksaan. Guru-guru turut memberikan contoh soalan yang kerap ditanya dalam peperiksaan melalui contoh-contoh kertas peperiksaan tahun-tahun yang lalu dan yang paling utama, teknik menguasai mata pelajaran serta fokus topik tertentu sebelum peperiksaan.

Adalah diharapkan semoga segala ilmu dan tips-tips yang diberikan oleh para guru dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang.