Kemaskini Terakhir: Selasa,11 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 1855DSC 1928DSC 1942DSC 2028DSC 2033DSC 2082DSC 2175DSC 2178DSC 2179

 

GONG KEDAK, 8 Ogos 18 - Kelab Basikal Pangkalan Udara Gong Kedak (GKCC) telah menganjurkan Kejohanan tertutup Lumba Basikal Antara Cawang/Seksyen tahun 2018 yang bertempat di trek Perkarangan Gimnasium Pangkalan.
Pasukan yang terlibat adalah No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Cawang Tadbir/Provos, Skuadron Bantuan Operasi, Skuadron 321, Skuadron Materiel dan Pasukan Gabungan Kontraktor.
Pelepasan acara ini telah disempurnakan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM. Turut hadir sama pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota Pasukan yang bertanding.
Keputusan keseluruhan Perlumbaan Basikal antara Cawang/Seksyen 2018:
1) Cawang kejuruteraan
2) No 11 Skuadron
3) Cawang Tadbir/Provos
4) Skn 321
5) SBO
6) Gabungan Kontraktor
7) Materiel