Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59 4WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59 9WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59 13WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59 14WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59 15WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59 16WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59 17WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59 18WhatsApp Image 2018 08 05 at 00.27.59

SUBANG, 4 Ogos 18 - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor (JKKN Selangor) telah menganjurkan Festival Seni Budaya Selangor 2018 bertemakan Malam Keroncong dan Tarian Tradisional Malaysia bertempat di Perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam. Festival ini diadakan bertujuan bagi menyemarakkan aktiviti seni, budaya dan warisan Negeri Selangor terutama muzik keroncong.

Bagi mencapai matlamat tersebut, festival ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan seni budaya, gerai pameran, jualan, manifestasi, pertandingan dan berbagai lagi. BAKAT PU Subang telah dijemput bagi mengisi slot gerai pameran dan jualan disepanjang festival tersebut berlangsung.

Majlis perasmian festival ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Subang, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan isteri, YBhg Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi.