Kemaskini Terakhir: Sabtu,15 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0070DSC 0084DSC 0089DSC 0096DSC 0121DSC 0130DSC 0152DSC 0181DSC 0207DSC 0235DSC 0258DSC 0269DSC 0286DSC 0296DSC 0323DSC 0326

SUBANG, 8 Ogos 18 - Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM telah menyempurnakan Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan Udara Subang bagi bulan Ogos 2018 yang telah diadakan di Padang Kawad Markas Pangkalan Udara Subang. Seramai 106 orang pegawai dan anggota lain - lain pangkat (LLP) telah terlibat dalam perbarisan tersebut. Bagi acara pertama, seramai 20 anggota LLP telah dinaikkan pangkat semasa perbarisan tersebut yang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan serta diiringi oleh Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawang masing - masing.

Seterusnya, acara perbarisan ini juga turut diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil Kecemerlangan Sukan kepada Persatuan Sukan dan atlet - atlet dari pangkalan ini yang telah berjaya mengharumkan nama pangkalan seterusnya TUDM di peringkat ATM mahupun TUDM (antara pangkalan). Antara penerima sijil kecermelangan sukan adalah Pasukan Ping Pong PU Subang (Peringkat ATM), Pasukan Bola Keranjang (Peringkat TUDM), Pasukan Olahraga (Peringkat TUDM), Pasukan Bola Sepak (Peringkat TUDM) dan Pasukan Squasy (Peringkat TUDM).

Seterusnya, perbarisan diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Anggota KFPJ Skuadron 208 Provos diatas usaha dan kejayaan dalam membantu penangkapan beberapa suspek kepada kes kecurian dalam pangkalan ini.

Turut diadakan penyampaian piala pusingan bagi latihan menembak pangkalan bagi tahun 2018 dimana Gabungan Cawang Tadbir / Provos telah menjadi Johan Keseluruhan bagi latihan menembak tersebut dengan jumlah kutipan mata disepanjang latihan sebanyak 1143 mata. Piala ini merupakan piala pusingan yang akan diterima oleh Skuadron / Cawang yang telah mendapat kutipan mata terbanyak disepanjang latihan menembak pangkalan diadakan. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada individu dalam latihan menembak yang telah mendapat markah tertinggi individu bagi kategori pegawai dan anggota lain - lain pangkat.

Perbarisan diakhiri dengan ucapan oleh YBhg Komander Pangkalan yang telah menegaskan berkenaan beberapa aspek dan garis panduan kepada semua warga pangkalan. Diantaranya berkenaan kepekaan terhadap kes kecurian yang berlaku di dalam pangkalan ini. Selain itu beliau turut menekankan berkenaan kejadian kebakaran yang telah menimpa pangkalan akhir - akhir ini. Seterusnya penekanan berkenaan had kelajuan semasa memandu dalam pangkalan iaitu 40 km/j dan akhir sekali berkenaan penjagaan kebersihan domestik dan tempat kerja.

Komander Pangkalan juga telah mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan seterusnya Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi. Sentiasa Diangkasa Raya.