Kemaskini Terakhir: Jumaat,17 Ogos 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

2ab4bd48 143a 4233 8073 66bb5530ce1f85a7d4db ad5b 43bf bb48 1145db89f3af8e76e120 1147 4ec3 b554 945a330d14e85d210e71 9537 4807 bd11 5adb02deff02d713450e 1dfb 4475 933d 697c3c9557d87cc74fc6 f8dc 43dd 8348 b8a73c452c8fee657a2d ea54 4d09 99f5 268b5a8444b69ce80f6f b47b 4013 9cbf 4519c4501a72

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 18 – Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara telah mengadakan Majlis Bacaan Ikrar Angkat Sumpah Serap Pegawai Kerahan Sepenuh Masa Ke Angkatan Tetap dan Angkat Sumpah Masuk Khidmat Pegawai Kerahan Sepenuh Masa pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Markas PSTU.

Di majlis tersebut menyaksikan Lt Muhammad Hanif bin Che Razak TUDM telah mengangkat sumpah penyerapan ke Angkatan Tetap. Manakala seramai tiga Pegawai Sukarela PSSTUDM telah mengangkat sumpah masuk khidmat sebagai Pegawai Kerahan Sepenuh Masa iaitu Lt M Muhammad Izzat bin Mukidin TUDM, Lt M Muhammad Hanis bin Hassan TUDM dan Lt M Mohamad Ibrahim bin Hanapiah TUDM.

Pegawai Pengambilan Cawang Tenaga Kerja, Kapt Arrizal bin Zakaria TUDM selaku Pegawai Angkat Sumpah memulakan acara angkat sumpah disaksikan oleh AKS Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abdul Rahman TUDM. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai dan Warga MPSTU.

Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang telah mengangkat sumpah.