Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0301DSC 0373DSC 0313DSC 0323DSC 0349DSC 0359DSC 0455DSC 0497

GONG KEDAK, 31 Jul 18 – Mesyuarat Agung Tahunan Wisma Ahli Udara ke 15 bagi tahun 2018 telah berlangsung di Dewan Komatra PU Gong Kedak yang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Badrul Hisyam bin Mohd Noor TUDM, Pemangku Pegawai Penjaga Wisma Ahli Udara Kapt Hasbullah bin Muhamad TUDM, Ajutan Pangkalan Kapt Ahmad Syafiq bin Abdullah TUDM, Pemangku Pegawai Waran Pangkalan PW U I Mohd Zaidi bin Mohd Shafei, YDP Wisma Ahli Udara Kpl U Mohd Abdul Latif bin Mohd Shaari, Pegawai Waran Cawang/Skuadron, Ahli-ahli Jawatan Kuasa dan Ahli Wisma Ahli Udara.

Mesyuarat tahunan dijalankan bertujuan untuk melantik barisan AJK baru dan membubarkan barisan AJK yang lepas. Perlantikan YDP Wisma Ahli Udara yang baru bagi tahun 2018 ialah Kpl U Mohd Faiz Ridduan bin Mohd Faizol dari Cawang Kejuruteraan.

Dalam Intipati ucapan Komander Pangkalan, beliau menyeru agar semua anggota wisma memberi tenaga dan peka dengan segala apa yang berlaku di dalam pangkalan agar dapat menjaga nama baik pangkalan serta memupuk semangat setiakawan di dalam kalangan anggota PU Gong Kedak.

Selain itu juga, beliau menekankan anggota supaya mengelakkan diri dari terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang negatif sama ada di dalam pangkalan mahupun di luar pangkalan seperti mencuri, penyalahgunaan dadah,berjudi dan sebagainya. Beliau berharap anggota dapat menjaga disiplin sama ada di dalam pangkalan, pejabat, tempat awam mahupun semasa berada di dalam wisma.