Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8421DSC 8470DSC 8483DSC 8501DSC 8503DSC 8519DSC 8523DSC 8534DSC 8567DSC 8577DSC 8590DSC 8609

 

GONG KEDAK, 27 Jul 18 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Majlis Kendurian 2018 yang merupakan julung-julung kali diadakan di Pangkalan Udara Gong Kedak sempena musim durian pada tahun ini. Majlis tersebut telah diadakan di Perkarangan Medan Selera Pangkalan berkonsepkan santai.

Antara buah-buahan yang dihidangkan adalah buah Durian yang merupakan menu utama manakala menu tambahan adalah buah Rambutan dan buah Manggis. Tujuan Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim diantara warga Pangkalan termasuklah ahli-ahli BAKAT. Selain itu juga, turut diadakan pertandingan mengupas buah durian antara Seksyen/Cawang yang dimenangi Skuadron Bantuan Operasi.

Turut hadir dalam majlis ini Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM dan Pengerusi BAKAT Pangkalan, Datin Noor Suriati binti Mohd Suri, pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, anggota LLP dan ahli keluarga warga Pangkalan Udara Gong Kedak.