Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20180726 WA0000IMG 20180726 WA0001IMG 20180726 WA0002IMG 20180726 WA0003IMG 20180726 WA0004IMG 20180726 WA0005IMG 20180726 WA0006

 

BUTTERWORTH, 25 Jul 18 – Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Melvyn Ong telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Butterworth dalam rangka lawatan beliau ke Malaysia. Ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Haji Romlee bin Yahaya TUDM dan Komander Pangkalan Udara Butterworth, Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM. Seterusnya beliau mengambil tabik hormat daripada Kawalan Suku PU Butterworth. Selepas itu, beliau telah dibawa melawat ke HQIADS dan Pusat Simulator Pejuang. Selesai sahaja lawatan tersebut, kesemua delegasi telah dibawa ke Wisma Perwira PU Butterworth untuk jamuan tengahari dan melihat galeri sejarah berkaitan PU Butterworth. Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, telah diadakan sesi pertukaran cenderamata diantara Angkatan Tentera Singapura dan PU Butterworth di Bangunan Pergerakan Udara.