Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20180726 110617DSC 0094DSC 0183DSC 0194DSC 0238DSC 0244

 

SUNGAI BESI, 26 Jul 18 – Seramai 20 orang pegawai dan 56 anggota LLP Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah turut serta latihan menembak anjuran PU Subang bertempat di Lapang Sasar Kem Sungai Besi. Latihan ini diadakan bagi mengekalkan prestasi dan kecekapan serta menguji tahap menembak anggota Markas.

Anggota telah diuji dengan beberapa kedudukan menembak iaitu meniarap, duduk, melutut dan berdiri pada jarak 100 meter menggunakan senjata jenis M4. Latihan ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 24 sehingga 26 Julai 2018.

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Kamarulzaman bin Mohd Othman TUDM dan Ketua Staf, Brig Jen Dato' Hj Sanusi bin Haji Samion TUDM turut sama menjalani latihan tersebut.