Kemaskini Terakhir: Sabtu,24 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 2760IMG 2776IMG 2811IMG 2777

BUTTERWORTH, 27 Jul 18 - Skuadron 310, Pangkalan Udara Butterworth telah menganjurkan Program Jiwa Murni bertempat di Surau Al Falah dan Sekolah Kafa Taman Bagan Lalang Butterworth.

IMG 2819IMG 2822IMG 2834IMG 2853

Program ini disertai oleh warga Skuadron 310 yang terdiri daripada 4 pegawai dan 62 anggota LLP. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Memerintah Skuadron 310 iaitu Lt Kol Simanchalam A/L Letchumanan TUDM dan Ketua Bahagian Kejuruteraan, Mej Mohd Taib Suhaimi bin Idris TUDM.

IMG 2766IMG 2768IMG 2793IMG 2803

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mengecat, memotong rumput, membersihkan kawasan sekeliling dan banyak lagi. Selain itu, warga skuadron juga berkesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk setempat yang turut sama menyumbang bakti dalam program tersebut. Program Jiwa Murni ini adalah salah satu inisiatif kepimpinan tertinggi TUDM bagi mengeratkan hubungan antara warga TUDM dan orang awam. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.