Kemaskini Terakhir: Khamis,22 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1858cc7f 6b86 4db1 a75b eef00501a1484ff8cdae 50ce 4070 953f 8a9c40e7b3578ca5ab81 c1d4 4b83 a0fa a8ec48ac3dab9a4f19a9 4e6b 4622 81dd 9074b44e50b19c750351 f70a 4070 8d74 57fee7ef50da277395bf a23b 4998 a92f b4a471a022f356330c1a c901 48b5 a19b 21198a44bdedb345fe41 257e 4b32 9057 4b91578abbbbc89ba54e 7585 45c8 99fe d499b3f53255d203b2ac cb41 414e b56a 0b1c76b8c674

SUBANG, 28 Jul 18 - Satu program berkonsepkan Forum Perdana telah diadakan di Dewan Ababil PU Subang pada hari ini. Program yang bertajuk "Ku Sangka Panas ke Petang, Hujan di Tengah Hari" ini diadakan dengan objektif memberi pengetahuan kepada ahli BAKAT mengenai hak-hak seorang isteri anggota tentera, masalah keganasan rumahtangga dan cara mengatasi masalah ini.

Ia juga membincangkan isu-isu terkini berkaitan penceraian rumahtangga melibatkan warga ATM serta memberi ilmu dan pengetahuan kepada ahli BAKAT berkaitan bentuk bantuan yang diberi oleh TUDM dan ATM jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada pasangan. Dalam masa yang sama ianya dapat memberi ilmu dan pengetahuan kepada ahli BAKAT berkenaan wasiat dan hibah.

Ahli-ahli panel bagi program ini adalah Lt Kol Nadzri Musman dari Jabatan Arah KAGAT (Panel 1), Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, PS 2 Kebajikan, MTU-Tadbir, Cawangan Perkhidmatan (Panel 2), Mej Abdul Rahim bin Musa Penolong Pengarah 1, Jabatan Hal Ehwal Veteren ATM, Bahagian Pencen (Panel 3) dan Puan Rashidah Azizah Binti Azahri Peguam Sivil & Syariah/ Mediator Bertauliah (Panel 4).

Program ini telah dirasmikan okeh YBhg Datin Hajah Siti Norlela Bt Alwi, Pengerusi BAKAT PU Subang dan dihadiri oleh lebih kurang 300 peserta program yang terdiri daripada kalangan Pegawai Wanita, Anggota LLP Wanita dan Ahli BAKAT PU Subang.

Program Anjuran Biro Pendidikan & Harta, BAKAT PU Subang ini merupakan program yang amat baik sekali dan dijangkakan akan dijadikan program tahunan bagi tahun-tahun yang akan datang.