Kemaskini Terakhir: Ahad,18 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

532ce0c5 3f63 411a 9baa a365e70e5087ce86d72b 9578 43de 8a3e 8a82899cb9b8e8885358 50a7 4a75 9d04 f8a1753a8f7daddb8c46 f8d3 4a34 984e 4b3c3383b0d18905d7ad 3bf0 4cf8 a01b a0e30cece8102224f77f de3c 42a6 98c9 21653d3df098871002c4 e02d 4444 879f 86df9eef151d8c768c9b da9e 4428 88e5 a28e4bf0e826

SUBANG, 27 Jul 18 - Kejohanan Petanque Antara Pangkalan TUDM 2018 telah berlangsung di Gelanggang Petanque Pangkalan Udara Subang mulai 24 hingga 27 Jul 18. Sebanyak 20 pasukan dari pelbagai pangkalan udara telah menyertai kejohanan tersebut.

Perlawanan bagi merebut tempat ketiga dan keempat adalah perlawanan di antara Pasukan Gong Kedak 1 dan Pasukan MTU/KL 1. Manakala perlawanan bagi menentukan juara kejohanan adalah perlawanan antara Pasukan Gabungan Butterworth dan Pasukan MTU/KL 2.

Keputusan perlawanan bagi Perlawanan Akhir adalah Pasukan MTU/KL 2 telah merangkul gelaran Johan manakala Naib johan adalah pasukan Gabungan Butterworth.

Pemain Terbaik Kejohanan telah dinobatkan kepada Kpl U Mohamad Naiim bin Ahmad dari Pasukan Gabungan Butterworth. Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM dan diiringi oleh Pengerusi Petanque TUDM, Lt Kol Mohammad Hood bin Elias TUDM.