Kemaskini Terakhir: Isnin,19 Ogos 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 206413bc 0199 4a99 a06a 80e816fbcc4bf4f20b5a e991 42e3 ba4a fd951f7015c99bf1fd34 83d4 4de6 991f 091b557525bac2198c62 dae1 4305 a397 4eb7af255d2cba00ba73 bad0 425e a68f 448bc1daf237

PULAU PINANG, 27 Jul 18 – Mesyuarat Air Working Group (AWG) di antara TUDM dan Royal Thai Air Force (RTAF) yang diadakan pada 23 hingga 27 Jul 18 telah dipengerusikan secara bersama oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Haji Romlee bin Yahaya TUDM dan Deputy Chief of the Air Staff RTAF, AM Maanat Wangwat.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat penggal kedua bagi tahun ini dan lanjutan daripada mesyuarat AWG yang telah diadakan di Pattaya, Thailand pada 15 hingga 19 Jan 18.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk melaporkan serta membincangkan perkembangan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun 2018/2019. Mesyuarat ini juga merupakan landasan untuk membincangkan perkara berkaitan hubungan dua hala di antara TUDM dan RTAF. Selain itu, perancangan aktiviti tahun hadapan yang melibatkan kedua-dua angkatan udara juga adalah agenda utama yang akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini.