Kemaskini Terakhir: Ahad,25 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3583210c 131e 4880 91f0 d5fde2684dc6d15a7ec0 8de1 4925 9e60 f2c96fe04288image 1image 2image 3image

 

BUTTERWORTH, 25 Jul 18 - Skuadron 310, Pangkalan Udara Butterworth telah berjaya melaksanakan kejohanan bola tampar karnival sukan SPU Skuadron. Karnival Sukan SPU yang dilaksanakan setiap bulan ini dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Skuadron 310 iaitu Lt Kol Simanchalam A/L Letchumanan TUDM dan berlangsung dengan lancar tanpa berlaku kecederaan yang tidak diingini. Johan pada kali ini dimenangi oleh kumpulan SPU Sukhoi manakala kumpulan Hornet ditempat kedua dan Blackhawk ditempat ketiga

Pada masa yang sama, pihak Skn 310 turut meraikan anggota-anggota yang akan bertukar keluar ke unit yang baru. Cenderahati kenangan turut diberikan sebagai tanda penghargaan berkhidmat di skn ini. Disamping itu, sambutan hari lahir anggota skn yang lahir pada bulan Mei, Jun dan Julai turut diadakan sebelum majlis berakhir. Syabas dan jutaan terima kasih kepada warga Skn 310 kerana telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mengadakan kejohanan ini untuk mencapai objektif utama iaitu mengeratkan hubungan silatulrahim dan memastikan tahap kesihatan anggota skn 310 pada tahap tertinggi.