Kemaskini Terakhir: Isnin,26 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSCN1080DSCN1088DSCN1099DSCN1102DSCN1117IMG 20180719 WA0009IMG 20180719 WA0010IMG 20180719 WA0015

 

PUCHONG, 19 Jul 18 - MAWILUD 1 telah mengadakan Program Jiwa Murni bertempat di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas Puchong. Program kali ini dianjurkan oleh Bahagian Sistem P4. Program tersebut turut dihadiri Asisten Ketua Staf A6 MAWILUD 1, Mej Samsuddin bin Umarul Mokhtar TUDM bersama seorang pegawai dan 30 anggota LLP MAWILUD 1. Program ini dimulakan seawal 8.30 pagi dengan gotong royong untuk membersihkan kawasan sekitar dan seterusnya pengagihan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian.
Selain membersihkan kawasan,semua yang hadir turut mengambil peluang beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut.
Acara berakhir dengan jayanya dengan harapan agar program sebegini mampu mendekatkan lagi hubungan anggota TUDM dengan orang awam tanpa mengira batasan.