Kemaskini Terakhir: Jumaat,23 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1118

 

LABUAN, 19 Jul 18 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Waran Markas Wilayah Udara 2 di Kompleks TUDM Bukit Kubong telah diadakan bagi meraikan perlantikan PW U I Sahizan bin Sahak sebagai Pegawai Waran Markas menggantikan PW U I Nul Muhammad bin Siam. Majlis ini telah dihadiri oleh Panglima Wilayah Udara 2, Ketua Staf, para pegawai Markas Wilayah Udara 2, Pegawai Waran Pangkalan Udara Labuan, Pegawai Waran Skuadron dan staf awam Markas Wilayah Udara 2.

Acara dimulakan dengan perbarisan yang disertai oleh seramai 75 anggota LLP dari Markas Wilayah Udara 2 dan Pangkalan Udara Labuan yang diketuai oleh PW U II Jasrulizham bin Jamaludin. Selain dari perbarisan, sesi menandatangani Sijil Serah Terima Tugas turut dilaksanakan yang disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Haji Mohd Shabre bin Haji Hussein TUDM dan diikuti simbolik penyerahan tongkat kuasa dari Mantan Pegawai Waran Markas kepada Pegawai Waran Markas yang baru.

Pihak Markas Wilayah Udara 2 mengucapkan selamat bersara buat PW U I Nul Muhammad Hasnul bin Siam. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan dan semoga terus sukses dalam segala lapangan. Juga ucapan selamat datang buat PW U I Sahizan bin Sahak dan semoga berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari keluarga Markas Wilayah Udara 2.